Saturday, June 6, 2009

Misteri dibalik Nama Manohara Odelia Pinot


Nama Manohara Odelia Pinot ternyata mengundang misteri tersendiri. Dalam tayangan SILET RCTI hari ini, Senin 27 April 2009, mencoba untuk menelisik Misteri Nama Manohara Odelia Pinot. Berdasarkan keterangan dari ibunda Manohara, pemilihan nama Manohara diambil dari kamus Bahasa Sansekerta yang berarti cantik, ramah, dan baik hati.

Akan tetapi seorang Ahli Etimologi & Sastra Jawa, Drs Kharsono, juga menambahkan, selain mempunyai arti positif dalam mitologi india, Misteri Nama Manohara justru mempunyai arti berbeda dalam mitologi bangsa Kinara. Dalam hal ini disebutkan, sebuah kisah tentang seorang putri bernama Manohara yang akhirnya hidup bahagia dengan seorang pangeran, tetapi sebelumnya sempat mengalami penistaan oleh seorang pemburu cinta.

Apabila dugaan penyiksaan & penyekapan terhadap Manohara Odelia Pinot itu benar adanya, maka dengan menguak misteri nama Manohara sepertinya saat ini Manohara sedang menapaki etape ‘susah’ & ‘menderita’nya menjadi seorang putri. Kita semua berdoa agar si cantik berdarah Bugis - Perancis ini bisa menemui kebahagiaan seperti kisah Putri Manohara dalam legenda kuno bangsa Kinara.

Read rest of entry

Petroleum Dalam Al-Quran


Dalam surah al-A’la ayat 4-5, Allah yang Maha Tinggi berfirman:

Dan (Allah) telah menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.

Dan (Allah) telah menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.

Dan Dia menjadikannya kering hitam.

Dan Dia menjadikannya kering hitam.


Petroleum adalah hasil proses pereputan rumput-rampai, tumbuh-tumbuhan, alga dan paku-pakis, yang mana proses ini memakan masa jutaan tahun lamanya. Proses ini terjadi apabila bahan-bahan organik yang disebutkan tadi terdedah kepada kesan-kesan kimia yang berasal dari pelbagai jenis bakteria.


Hari ini petroleum dipercayai berasal dari unsur organik. Tumbuh-tumbuhan yang dijadikan Allah lebih awal dari kejadian manusia, telah ditetapkan untuk bertukar (melalui perubahan masa) dalam kerangka ekologi (yang seimbang) bumi. Sisa-sisa organik yang mempunyai sifat berminyak juga terurai/mereput dibawah dasar lautan dalam jangka waktu jutaan tahun. Zat-zat yang mempunyai ciri-ciri berminyak inilah yang telah bertukar (dengan kekuasaan Allah) menjadi bahan yang hari ini kita kenali sebagai petroleum.

Dalam ayat Al-Quran yang dinyatakan di atas, petroleum diwakili oleh terjemahan “hitam” dan sesetengah tafsiran bahasa Inggeris menterjemahkan “hitam” itu sebagai “blackish floodwater” yang membawa maksud “cecair hitam yang mengalir”. Simpanan petroleum dalam bumi pada kebiasaannya akan “bergerak” dari tempat pembentukannya kerana ianya tidak mempunyai sifat “berdiam” dalam bumi. Petroleum mempunyai sifat seperti cecair. Dengan kata lain petroleum juga “mengalir”. Petroleum “mengalir” dari suatu lokasi ke lokasi lain dalam jarak yang sangat jauh lalu berkumpul di lokasi yang mana terdapat struktur batuan yang tidak mempunyai liang. Maknanya petroleum yang dicarigali hari ini adalah petroleum yang telah berkumpul akibat tersekat dari jalan alirannya dalam bumi.

Secara ringkas, dapat kita ertikan tujuan perkataan “hitam” yang disebut Allah dalam ayat di atas ialah petroleum yang:

  1. Terjadi dari unsur organik
  2. Hitam
  3. Mengalir seperti air (cecair)

Kegunaan Petroleum Di Zaman Kita

Sehingga pertengahan abad ke-19, petroleum mentah diambil dari tempat dimana terdapat “kebocoran” naik ke permukaan bumi. Oleh kerana ianya bercampur dengan sumber air dimana binatang-binatang menghirup melepas dahaga serta bercampur dengan air dalm telaga-telaga air yang digali manusia, bahan yang hari ini disebut petroleum ini dahulunya adalah seperti “menyusahkan”.

Pada 1850an manusia mula mengkaji kegunaan petroleum ini untuk menjadikannya bahan penghidup api pelita. Edwin L. Drake telah menemukan “simpanan” petroleum pada kedalaman 21 meter pada 27 Ogos 1859. Oleh kerana petroleum memberi hasil lebih baik dari usaha penangkapan ikan (untuk membuat minyak dari lemak) dan kosnya lebih murah untuk menyalakan lampu minyak, maka sudah tersedia permintaannya dalam pasaran dagangan, lalu bermulalah era petroleum.

Allah telah mengaturkan komposisi kewujudan zat petroleum ini untuk dimanfaatkan bagi pelbagai kegunaan dalam aspek kehidupan manusia. Setengah dari manfaatnya yang cukup dikenali ialah bahan api (petrol/disesel dsb.) dan minyak parafin. Yang lainnya seperti dalam perusahaan lilin, penggilap, pewangi dan kosmetik, sehinggalah pada pengeluaran keju iaitu sebagai bahan awet. Tidak ketinggalan manfaat petroleum dalam pembuatan racun serangga, getah tiruan, bahan plastik, kimia bahan pencuci, malah sesetengah ubat-ubatan juga mempunyai unsur-unsur yang berasal dari petroleum. Komposisi produk tekstil juga mempunyai unsur yang berasal dari petroleum.

Kisah hebat tentang petroleum yang berlarutan sehingga hari ini bermula dari proses pereputan bahan-bahan organik sejak dari jutaan tahun dahulu, diteruskan pula dengan episod pembentukan deposit petroleum pada kedalaman bumi, digantikan pula episod pengeluaran pelbagai alat dan bahan dari kilang-kilang. Dalam ayat 4-5 surah Al-A’la, tedapatnya “bayangan” kepada emas hitam yang dikenali petroleum. Dalam 3 ayat yang sebelumnya Allah menyebutkan bahawa tiap-tiap sesuatu itu adalah menurut “aturan” dan “kadar” (ketentuan/ aturan/ hukum/ prinsip/ formula) yang telah ditentukan olehNya iaitu:

Bertasbihlah mensucikan Tuhan mu Yang Maha Tinggi

Bertasbihlah mensucikan Tuhan mu Yang Maha Tinggi

Yang telah menciptakan lalu menyesuaikan dengan kadar yang tertentu.

Yang telah menciptakan lalu menyesuaikan dengan aturan yang tertentu (proportion).

Yang telah mengatur (kadar) dan memberi petunjuk.

Yang telah mengatur (menetapkan kadar) lalu memberi hidayah petunjuk.

Benarlah Allah Yang Maha Tinggi.

Artikel ini hanyalah suatu pemerhatian (berdasarkan penterjemahan bahasa, bukannya penafsiran) dan bukannya suatu kajian mendalam. Pentafsiran Al-Quran memerlukan ilmu yang tinggi dan mahir pula dalam ilmu hadis (hadis itu menerangkan Al-Quran). Sila rujuk tafsir imam-imam muktabar.

sumber --> http://www.pasirmas.co.cc/petroleum-telah-disebut-dalam-quran/

Read rest of entry

Mereka Memilih Islam

Kisah-kisah pengislaman Dr. Murad Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang, Diplomat) / Dileep Kumar (Hindu, Tokoh Muzik Bollywood) / Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik, Pakar Pengajian Islam) / Jang (dari Negara China)

Dr. Murah Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang dan Diplomat)

Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman Katolik. Beliau memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan Dr. Murad Hofmannijazah PhD dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957. Pada tahun 1960 beliau memperoleh pula ijazah LL.M. dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau dilantik menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco

Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan pengamatan. Antara sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat berlakunya pertembungan antara tentera Perancis dengan kumpulan gerila dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut kemerdekaan bagi Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula mengkaji al-Quran tanpa henti.

Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang mendalam tentang ajaran Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dipercayai oleh orang Kristian awam dengan apa yang diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan, kata belilau, “St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani mengubah ajaran nabi Isa?”

Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang dilahirkan dalam keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa ‘Anak Tuhan’ perlu disalib dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri lakukan.

Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, “Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.”

Rujukan: http://www.islamreligion.com/articles/124/

Dileep Kumar (Agama Hindu, Tokoh Muzik Bollywood)

Dileep Kumar dilahirkan pada tahun 1966 di Madras, India. Beliau adalah penganut agama Hindu dan memperoleh ijazah dalam bidang Western Classical Dileep KumarMusic dari Trinity College of Music, Oxford University. Beliau amat popular di India melalui muzik ciptaannya yang merevolusikan muzik Bollywood di India. Semuanya bermula pada tahun 1992 apabila beliau diberikan kepercayaan untuk mencipta muzik dan lagu bagi filem Roja. Beliau berjaya menyerlahkan bakatnya sehinggakan lagu Tamizha Tamizha dalam filem ini menjadi pujaan ramai. Kebolehan beliau memang mengagumkan kerana beliau berjaya menggabungkan unsur-unsur pop, Bach, Beethoven, Mozart, reggae, rock serta muzik Hindu klasik dalam muziknya. Kerana kehebatannya itu beliau menggondol anugerah sebagai Pengarah Muzik Terbaik sebanyak tiga kali.

Pada tahun 1988 Dileep Kumar mengalami satu pengalaman yang pelik, iaitu, ketika berada di Malaysia beliau bermimpi menemui seorang lelaki tua yang menyuruhnya memeluk Islam. Beliau pada mulanya tidak mempedulikan mimpi itu namun apabila, selepas itu, mimpi yang serupa datang berulang-ulang kali dalam tidurnya, beliau mula memandang serius terhadapnya. Minatnya terhadap Islam terus meningkat dan kemuncaknya ialah ketika salah seorang adik perempuannya mengalami sakit tenat pada tahun 1988. Rawatan demi rawatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit adiknya sehinggalah mereka bertemu dengan seorang tokoh agama Islam. Secara yang tidak diduga, penyakit adiknya sembuh selepas tokoh agama itu berdoa kepada Allah. Pada tahun 1989 Dileep Kumar dan keluarganya memeluk agama Islam dan beliau menukar namanya kepada Allah Rakha Rahman.

Antara pengalaman yang tidak boleh beliau lupakan ialah pada tanggal 6 Januari 2006 yang merupakan tarikh hari jadinya. Ketika itu beliau berada di Masjid nabi di Madinah. Beliau berkata, “Itulah hadiah hari jadi saya yang paling berharga. Selama sehari suntuk saya beribadah di dalam Masjid Nabi dan apa yang saya rasai tidak ada tolok bandingannya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.”

Rujukan: http://www.arabnews.com/?page=1&section=0&article=76202&d=13&m=1&y=2006&pix=kingdom.jpg&category=Kingdom

Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik dari Kanada)

Dr. Ingrid Mattson berasal dari Kanada. Beliau mendapat ijazah dalam bidang falsafah di University of Waterloo, Ontario, pada tahun 1987. Pada asalnya beliau Dr. Ingrid Mattsonmenganuti agama Kristian Roman Katolik namun disebabkan beliau tidak berasa damai dan tidak berasa dekat dengan Tuhan beliau terus mengkaji demi mencari kebenaran hakiki. Pencariannya membawanya kepada Islam dan ketika berumur 23 tahun beliau memeluk Islam. Solatnya yang pertama begitu bermakna baginya kerana ketika itulah, buat pertama kalinya, beliau berasa begitu dekat dengan Tuhan.

Pada tahun 1999 beliau memperoleh ijazah PhD dari University of Chicago dalam bidang Pengajian Islam. Pengalaman beliau merangsangnya untuk menulis pelbagai artikel bertujuan untuk membetulkan tanggapan negatif sebahagian masyarakat antarabangsa terhadap Islam. Artikel-artikel tulisan beliau banyak memfokuskan kepada aspek undang-undang Islam dan kerelevanannya dengan masyarakat sekarang, isu berkaitan gender dan kepimpinan serta isu-isu semasa yang melanda umat Islam masa kini. Di samping itu beliau sering di undang untuk bercakap di TV serta forum-forum antarabangsa berkaitan isu yang melanda umat dan agama Islam.

Pada hari ini Dr. Ingrid Mattson merupakan Pengarah kepada projek yang dikenali sebagai Islamic Chaplaincy. Beliau juga adalah Profesor di Macdonald Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary, Hartford, CT. Pada tahun 2006 beliau dilantik menjadi Presiden kepada Pertubuhan Islam Amerika Utara (ISNA).

Rujukan: http://macdonald.hartsem.edu/mattson.htm

Jang (Bangsa China)

Jang berasal dari negara China. Beliau menceritakan kepada staf IslamOnline bahawa perjalanannya kepada Islam bermula dengan isu pengharaman khinzir Jang(babi). Beliau berasa pelik mengapa Islam mengharamkan babi lantas beliau membuat kajian tentangnya dengan membaca beberapa majalah perubatan moden dan perubatan China tradisional. Beliau mendapati beberapa saintis mengatakan daging babi menyebabkan tidak kurang daripada 70 penyakit. Malah perubatan China tradisional juga membuat konklusi yang lebih kurang sama dengan mengatakan bahawa daging khinzir adalah antara makanan yang amat berbahaya bagi kesihatan manusia.

Selepas memeluk Islam Jang memilih nama Selim sebagai nama Islamnya sekali gus mengikut jejak langkah lebih kurang 30 juta Muslim yang terdapat di negara China pada hari ini.

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1201958071962&pagename=Zone-English-News/NWELayout.

Diedit untuk mindasuper.com oleh Dr. Danial Zainal Abidin.

Hasil Nukilan :

Dr. Danial Zainal Abidin
dzcsyifa@streamyx.com
http://danialzainalabidin.com
Read rest of entry

Islam Di Korea



Korea Selatan merupakan pemimpin dalam akses internet kecepatan-tinggi, semikonduktor memori, monitor layar-datar dan telepon genggam. Dari sisi industri Korea Selatan menempati urutan pertama dalam pembuatan kapal, ketiga dalam produksi ban, keempat dalam serat sintetis, kelima dalam otomotif dan keenam dalam baja. Secara lahiriyah, negara ini boleh dibilang makmur dengan pendapatan perkapita yang tinggi, tingkat pengangguran rendah, dan pendistribusian pendapatan yang relatif merata.



Di tengah gemerlap materi, di Korea Selatan Islam mulai tumbuh dan dikenal. Agama Ilahi yang dibawa oleh utusan Allah terakhir, Rasulullah Muhammad SAW, ini mulai menapakkan kaki di Korea Selatan di saat negeri itu dilanda perang. Islam dikenalkan kepada warga sana oleh dua tentara asal Turki bernama Zubercoch dan Abdul Rahman yang ikut dalam barisan pasukan penjaga perdamaian di bawah payung PBB. Beberapa warga Korea yang tinggal di kamp-kamp penampungan berikrar masuk Islam setelah mendengarkan penjelasan dari kedua tentara Turki itu.

Kini dakwah Islam dan perkembangan agama suci ini di Korea Selatan cukup pesat. Itu terlihat dari mulai banyaknya masjid-masjid dan mushalla yang berdiri di sana. Ahmad Cho Min-Haeng, Wakil Ketua Persatuan Islam Korea (KMF) menyatakan cukup bangga dengan perkembangan Islam di negaranya. Saat ini sekitar 10 masjid dan lebih dari 50 mushalla telah berdiri di negeri yang baru disinggahi oleh Islam sekitar 60 tahun lalu. Menurutnya, jumlah warga Muslim di Korea Selatan mencapai sekitar 100 ribu jiwa. Mereka hidup di sebuah negeri yang 50 persen warganya tidak beragama, sementara 23 persen memeluk agama Budha.

Ahmad menjelaskan bahwa sebagian masjid dibangun oleh para pendatang dari negara Arab, Pakistan dan Bangladesh. Dengan adanya masjid, identitas warga Muslim di negeri ini dapat diketahui dan masjid sebagai lambang keagungan Islam dan kekuatan umat menjadi pusat rujukan masyarakat Muslim yang ingin menanyakan masalah agama. Di kota-kota besar seperti Busan, Ansan, Paju, Bupyeong dan Jeonju dapat dijumpai masjid. Masjid juga dibangun di Central Seoul di Itaewon.

Selain masjid, warga Muslim Korea Selatan juga mendirikan pusat-pusat pendidikan Islam. Bagi warga Muslim yang ikngin mendalami ajaran agamanya, dapat mengunjungi pusat-pusat pendidikan Islam itu. Salah satu pusat pendidikan itui adalah College Islam Yongin di Gyungi-do. Di komplek Masjid Central Seoul juga terdapat pusat pendidikan Islam.

Tentunya, warga Muslim Korea Selatan tak akan pernah melupakan jasa besar dua tentara asal Turki yang mengenalkan agama Allah dan risalah terakhir ilahi ini kepada mereka.

Islam is not the Enemy
Sebanyak 37 pasukan Korsel dari 3.600 prajurit yang ditugaskan ke Iraq mengaku telah memeluk Islam secara sukarela. Mereka beramai-ramai bersahadat di masjid jami'e2'80'99 Soul. Bedanya dengan tentara sekutu pimpinan Amerika Serikat (AS) yang bertugas di Iraq yang banyak menimbulkan masalah dengan warga lokal, pasukan Korea Selatan yang dikirim ke bekas negeri 1001 malam itu justru menemukan Islam.

"Mereka, yang masuk Islam, itu pernah belajar bahasa Arab ketika kuliah dan bepergian ke Timur Tengah," tutur Humas Militer Korsel Kapten Lee Yun-se. Lee menyambut baik langkah mereka. Sebab, hal itu akan sangat membantu keberadaan pasukan Korsel di Iraq.

Bedanya dengan pasukan AS, sebelumnya, sebelum diberangkan ke Iraq, para prajurit Korsel itu diwajibkan mempelajari kultur dan kebiasaan bangsa Arab dan budaya Islam. Saat itulah, 37 orang tersebut menyatakan niatnya menjadi muslim. "37tentara itu, dengan sukarela, memperdalam Islam di Masjid Seoul dan kemudian berpindah agama," imbuh Lee.

Para tentara mualaf tersebut menyatakan diri sebagai Islam dibimbing Pemimpin Ulama Seoul Sulaiman Lee Haeng-lae. Menurut Sulaiman, langkah para tentara itu akan mempermudah kontingen Korsel yang dikirim ke Iraq.

"Orang Iraq akan menjadi teman Anda selamanya," imbuhnya kepada para tentara usai mengucap syahadat. Sebelumnya, di antara ratusan serdadu Korsel itu, empat orang muslim.

"Memang islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam" (Al Hadist).....LVE Islam....
Read rest of entry

Kisah : Kamal Ataturk













1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Renung dan fikirkanlah!

sumber --> http://isuhagat1.blogspot.com/2009/06/ideologi-kamal-atartuk-di-turki.html
Read rest of entry

Friday, June 5, 2009

Kisah : Sensitiviti Kulit & Al - Quran

Dr. Tagata Tagasone: Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasool Allah !

Lelaki ini telah mengucap syahadah Islam dan mengisytiharkan bahawa dia menjadi muslim. Ini berlaku semasa Konferen Perubatan Saudi ke Lapan yang berlangsung di Riyadh. Dia ialah Professor Tagata Tagasone, bekas Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di University of Shiang Mai di Thailand. Dia sekarang ialah Dekan di Kolej Perubatan di universiti tersebut.

Kami telah memperlihatkan kepada Profesor Tagasone beberapa ayat suci AlQuran dan hadith-hadith nabi yang berkenaan dengan pengkhususannya dalam bidang anatomi. Dia memberi komen bahawa mereka juga mempunyai kitab Buddha dengan penerangan yang tepat tentang peringkat perkembangan embrio. Kami beritahunya bahawa kami amat berminat untuk melihat keterangan-keterangan itu dan mempelajari kitab tersebut. Setahun kemudian, Professor Tagasone datang ke Universiti King Abdul Aziz sebagai penguji luaran. Kami mengingatkannya tentang kenyataan yang dia buat setahun sebelumnya, tetapi dia memohon maaf dan mengatakan sebenarnya dia membuat kenyataan itu sebelum benar-benar pasti. Bagaimana pun setelah dia menyemak kitab Buddha, dia mendapati bahawa ianya tidak ada apa-apa yang berkaitan dengan subjek itu.

Struktur Kulit Manusia

Sejak itu kami memperkenalkannya kepada satu kajian yang ditulis oleh Professor Keith Moore tentang keserasian embriologi moden dengan apa yang terkandung dalam AlQuran dan Assunnah dan kami bertanya kepada Professor Tagasone sama ada dia mengenali Professor Keith Moore. Dia menjawab bahawa sudah tentu dia mengenalinya , sambil menambah bahawa Professor Moore ialah salah seorang saintis yang dikenali dunia dalam bidangnya.

Apabila Professor Tagasone membaca artikel itu, dia agak terperanjat besar. Kami bertanya kepadanya beberapa soalan berkenaan dengan bidang pengkhususannya. Salah satu soalan yang berkaitan dengan penemuan moden dalam dermatologi tentang ciri-ciri sensor (perasa) pada kulit.

Dr Tagasone memberi respon : Ya jika kebakaran sudah terlalu dalam.

Telah diterangkan kepada Dr Tagasone: Anda mesti berminat untuk mengetahui bahawa dalam kitab ini, iaitu kitab suci AlQuran, ada satu rujukan dari 1400 tahun yang lalu yang mana merujuk kepada keadaan semasa pembalasan terhadap orang kafir dengan api neraka yang telah dinyatakan bahawa apabila kulit telah musnah maka Allah akan mencipta kulit yang baru pada mereka yang mana mereka akan merasa pembalasan dengan api neraka, menandakan suatu pengetahuan tentang berakhirnya saraf merasa dalam kulit, dan ayat itu ialah;

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Surah An nisaa’ : Ayat 56

Maka adakah anda setuju bahawa rujukan ini adalah pentingnya berakhir saraf perasa dalam deria kulit , 1400 tahun yang lalu?

Dr Tagasone memberi respon : Ya saya setuju. Pengetahuan ini tentang deria sudah lama rupanya. Kerana ia mengatakan jika seseorang melakukan kesalahan, kemudian ia akan dibalas dengan membakar kulitnya dan kemudian Allah akan menukarkan kulit yang baru untuknya, menyalutinya, untuk membuatkannya tahu bahawa siksaan itu sungguh sakit lagi. Ini bermakna mereka telah mengetahuinya banyak tahun yang lalu bahawa reseptor deria sakit mesti ada pada kulit , maka mereka letak kulit lagi.

Kulit adalah pusat sensitiviti terhadap kebakaran. Maka jika kulit mengalami kebakaran menyeluruh maka ia kehilangan sensitivitinya. Kerana sebab ini lah Allah akan menghukum orang-orang kafir pada hari pembalasan dengan mengembalikan kepada mereka kulit mereka dari semasa ke semasa, kerana Dia Yang Maha Mulia dan Maha Agung, berkata dalam Quran , “Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Surah An nisaa’ : Ayat 56

Kami bertanya kepadanya soalan seterusnya. Adakah mungkin ayat-ayat ini datang kepada Muhammad S.a.w daripada sumber manusia lain?

Professor Tagasone mengakui bahawa ianya tidak mungkin datang dari sumber manusia. Tetapi dia masih bertanya tentang sumber pengetahuan itu dan dari mana Nabi Muhammad S.a.w memperolehinya.

Kami berkata, “Dari Allah Yang maha Agung dan Maha Mulia”. Kemudian dia bertanya, “Tetapi siapa itu Allah?” Kami membalas , “Dia adalah pencipta segala sesuatu yang wujud. Jika anda menemui kebijaksanaan maka ianya kerana ia datang dari Yang maha Bijaksana. Jika anda menemui pengetahuan tentang penciptaan alam ini, ianya kerana alam ini adalah ciptaan pencipta Yang memiliki segala pengetahuan. Jika anda menemui kesempurnaan dalam komposisi ciptaan ini, maka ia adalah bukti kepada anda bahawa ianya adalah ciptaan Dia Yang Maha Mengetahui. Dan jika anda menemui kasihan belas, dan ianya bukti kepada fakta bahawa ianya adalah ciptaan Yang Maha Mengasihani. Dalam cara yang sama, jika anda menerima bahawa ciptaan ini terpulang kepada satu arahan yang satu terikat kukuh bersama, maka ini adalah bukti bahawa ianya adalah ciptaan satu-satunya pencipta , Yang maha Agung lagi Maha Mulia.

“Al Qur′an ini tidak lain hanyalah peringatan bagi semesta alam. Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) berita Al Qur′an setelah beberapa waktu lagi.” Surah Shaad : Ayat 87-88

p/s sumber dari http://hikmatun.wordpress.com/2008/08/08/quran-dan-ciri-ciri-sensor-pada-kulit/

Read rest of entry

Kisah : Siamang Tergoda



Maka tersebutlah kisah dahulu kala mengenai seekor siamang yang sangat berkuasa di wilayah hutannya. Ia dikatakan mampu mempengaruhi apa pun jua binatang yang tinggal di bawah wilayah kekuasaannya itu. Barang siapa yang mempunyai keberanian pun masih gentar menghadapinya. Sudah adat dan lumrah alam, maka barang siapa yang berkuasa, maka dia la dianggap pemimpin mengikut undang - undang rimba ciptaannya. Tertunduk jua la rakyat hutan belantara itu akan apa jua bentuk perintah yang terpacul dari mulut si Momo meskipun hati mereka sering meronta dan memberontak tanda protes kebencian.

Maka berlalu hari demi hari, bulan demi bulan, dan bertahun - tahun lamanya mereka dibawah kekuasaan Si Momo. Si Momo bukan sahaja suka memerintah, ia juga suka menyiksa suka makan harta sesiapa saja asal ia bertahkta di mata, nafsu di hati. Pada suatu hari, di waktu fajar menyingsing Si Momo merasa sedikit kelainan pada dirinya, selera liur yang sangat berubah dan terasa benar untuk ia memakan daging mestipun ia bertentang lumrah alamnya. Maka, di ajukan soalan pada si permaisuri tercinta. Terkejut dan bagai gugur jantung sang permaisuri akan kelakuan sang arjuna nya. Lalu dipersoalkan kenapa dan mengapa ianya berubah demikian.

Kata sang suaminya, dia bermimpi akan datang sejenis makhluk yang akan mustahil rupa bentuk nya di wilayah kekuasaan nya sedemikian rupa. Menurut makhluk itu, sebagai sang penguasa adalah remeh memakan segala isi alam yang hampir serupa dengan marhaen di bawah taklukkannya. Lalu si mahkluk tadi mencadangkan agar ia menikmati sesuatu yang tidak mampu untuk dirasai oleh marhaennya. Seketika memikirkan kehendak serakah nya, lalu di panggil seluruh isi alam wilayah taklukkannya dan menjelaskan akan hajatnya itu. Seluruh makhluk suruhannya tunduk akan kebimbangan dan kemustahilan untuk memenuhi cita -cita sang penguasa.


Inikah sang wira

Suasana hening tiba -tiba memecah kesunyian. Lalu seekor memerang, si bebe bingkas bangun dan menyatakan kesanggupan untuk berkhidmat. Sang penguasa merasa terhina, apakah mungkin si kecil ini yang bisa menolongnya sedangkan haiwan lain pun hanya mampu diam terpaku. Kata si bebe dia boleh menghidangkan kepada sang penguasa sejenis ikan yang bisa mengenyangkan seumur hidup sang penguasa tetapi haruslah persyarat kepada 3 perkara iaitu, dia mesti bebaskan kesemua tawanan yang menentangnya, kedua dia harus mendermakan seluruh harta rompakannya kepada rakyat jajahannya dan ketiga menunggu di atas pokok sehingga hidangan tersebut dipersiapkan.

Akibat desakan dan gelora nafsu yang memuncak, lalu dipersetujui segala syarat yang ditawarkan. Dengan segera ditunaikan segala permintaan, lalu ditinggalkan juga sang isteri nya di singgahsana kerna bimbang hidangan tidak mencukupi buat santapan bersama. Lalu, si Momo memanjat pohon beringin sambil membayangkan santapan istimewanya. Sementara anak kecil, si bebe tadi menyusuri anak sungai seolah - olah menjalankan perintah. Sementelaah sampai ke hilir, lalu dia menyusuri hutan dan mengkhabarkan berita wilayah mereka sudah bebas dari cengkaman si Momo. Maka dicadangkan akan satu pemilihan umum diadakan untuk menentukan sang pemimpin yang sah lagi adil . Tinggallah si Momo, sang penguasa yang zalim bersama harapan mengunung..


Si Momo masih menunggu

p/s 1. yang kecil tidak semstinya lemah, yang besar tidak selalunya gagah
2. yang memerintah tidak selalu bijak, yang diperintah tidak semestinya bodoh.



Read rest of entry
 

Term Of Use

Pihak penulis mengalu - alukan sebarang pengkongsian maklumat yang boleh mendatangkan manfaat bersama.Sebarang kiriman boleh la sekiranya dikirim melalui email seperti yang tertera pada bahagian admin. Pihak Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya mana - mana individu menciplak hasil tulisan blog ini. Sebarang komen berunsur hasutan, lucah dan biadap adalah dilarang