Thursday, June 4, 2009

Ulamak Perlu, Professional Mau



Muktahir ini seluruh media massa, baik arus perdana mahupun media maya memberi tumpuan kepada apa jua yang berlaku kepada pucuk pimpinan parti kedua terbesar Melayu di Malaysia. Esok seluruh pemerhati, penganalisis, pengkaji atau mana - mana saja individu yang terkesan dengan arus politik akan memberi tumpuan kepada survival politik orang Malaysia yang mendukung corak kepimpinan dan permerintahan asaskan agama suci Islam. Baik pendukung parti, akar umbi malah musuh tradisi turut sama menari - menari dalam apa juga urusan yang tiada kaitan dengan ideologi mereka. Bahkan media kipasan merekalah yang mencetuskan apa jua bentuk polemik yang kurang menyenangkan.

Hari ini sudah ada di kalagan ahli yang mula terikut sama irama yang di mainkan oleh musuh - musuh jelek mereka. Antara yang dicanang serata alam tidak lain tidak bukan hanyalah kekeliruan untuk muktamar memilih pahlawan-pahlawan gah berani yang akhirnya akan dipertemukan bersama mereka dalam gelanggang politik. Usahlah kita mengoyangkan kaki mengikut paluan gendang yang dimainkan oleh mereka. Apa juga keputusan yang kita lakukan, implikasi dah natijah tetap akan terdapat dan dikendong oleh ahli -ahli kita. Andai kata kita memilih ulama sebagai pasak kekuatan kita, maka musuh jugalah yang akan mencanangkan kononnya kita memilih untuk tidak ke depan dalam arus perjuangan politik kita, walhal sama juga lah apabila kita memilih golongan profesional mendukung aspirasi perjuangan kita, mereka jugalah akan melabelkan kita sebagai menjual maruah agama demi persahabatan dalam pakatan.Tunggu dan lihatlah. Bagi musuh apa juga pilihan kita ia tidak akan mengubah selera dan nafsu serakah mereka untuk menghancurkan keutuhan yang kita bina selama ini.



Sesesudah 55 kali kiranya perwakilan menerima ucapan pemimpin yang bersilih ganti, amat wajarlah kiranya kita sudah matang dalam hal - hal begini. Harus diingat bahawa ulama mahupun profesional, kedua - duanya tetap pincang andaikata sebahagian nya hilang. Apa mungkin dalam dunia moden hari ini ulama boleh mengurus segala - galanya tanpa ada tongkat dari puak profesional. Demikian juga pincanglah apabila profesional yang mentadbir bilamana ulama tidak menghulurkan tangan tanda memimpin mereka, mentarbiah mereka dan memberi asuhan agama secukupnya. Sangat jelas di mata musuh - musuh kita hari ini yang cukup cemburu apabila melihat keupayaan kita membentuk kombinasi yang ideal dalam soal kepimpinan. Nah, ada lagikah ulama yang sudi menghulurkan nasihat buat mereka atau sekadar menempel untuk mendapatkan sekantung habuan demi survival duniawi mereka.

Esok merupakan penentuan yang penting dalam usaha menilai kematangan setiap perwakilan. Sudah adat pasti akan ada yang menang, pasti juga ada yang kurang. Namun jangan dilupai yang kurang kerana kita tidak mungkin seperti hari ini jika tidak kerana usaha mereka.Pilih la dengan bijak dan ingat pesan tok guru.Insyaallah

0 comments:

Post a Comment

 

Term Of Use

Pihak penulis mengalu - alukan sebarang pengkongsian maklumat yang boleh mendatangkan manfaat bersama.Sebarang kiriman boleh la sekiranya dikirim melalui email seperti yang tertera pada bahagian admin. Pihak Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya mana - mana individu menciplak hasil tulisan blog ini. Sebarang komen berunsur hasutan, lucah dan biadap adalah dilarang